Saturday, February 26, 2011

MUSYKIL

Assalammualaikum sahabat. Saya seorang anggota tentera laut. saya ingin bertanya bolehkah lambang Allah Muhammad yang dilekatkan atau dijahit pada baju kerja dan baju sukan saya dibawa masuk kedalam tandas. saya dapati semua warga tldm membawa masuk lambang itu kedalam ...tandas termasuk saya. Lambang Allah Muhammad itu juga ada pada kepala tali pinggang yang dipakai oleh semua warga tldm termasuk yang bukan agama islam. Bolehkah anggota yang bukan islam diberi pakai lambang Allah Muhammad itu. Satu lagi soalan saya bolehkan lambang Allah Muhammad yang ada pada unit kami digunakan untuk kepala surat atau borang-borang. Apa yang saya perhatikan apabila borang yang salah diisi atau surat yang salah dibuat anggota mengoyak dan membuang di dalam tong sampah. Satu lagi masaalah ada borang diletakkan dibawah plastic meja lepas tu ada anggota lain datang dan duduk diatas meja tersebut. Borang tersebut yang mempunyai lambang digunakan dengan meluas di tempat kerja saya. Sahabat boleh perhatikan lambang itu disemat atau dijahit dibaju angkatan tentera dan polis. Satu lagi apa hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang mempunyai lambang Allah Muhammad. Pinggan mangkuk itu digunakan untuk makan di tldm. Sebenarnya banyak lagi barang yang mempunyai lambang Allah Muhammad seperti pen, payung, pekekat kereta, majalah2 dan banyak lagi. Sekian saya yang musykil dan tak tahu. saya ini dari golongan bawahan setakat lulus spm saja. Pegawai pegawai atasan yang menpunyai sijil kalau difailkan penuh album tak kan tak boleh berfikir benda benda macam ini. Pepatah melayu ada menyebut macam ketam mengajar anak berjalan lurus. Kalau diri sendiri tak betul anak pun sama. Pekara-pekara macam ini tak kan nak biarkan sampai kiamat. Sepatutnya pekara yang boleh kita bolehkan dan pekara yang tidak boleh kita tidak bolehkan. Apa yang terjadi pekara yang tidak boleh kita bolehkan. Itu sudah salah pada pemikiran saya. Saya berpendapan lambang lambang Allah Muhammad hanya diletakkan ditempat tempat tertentu sahaja yang dimuliakan...

No comments:

Post a Comment

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected