Saturday, June 18, 2011

TEMUDUGA TERTUTUP CALON JENAZAH...??? (SEKADAR RENUNGAN BERSAMA)

  • Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang selawat serta salam buat nabi junjungan Nabi MUHAMMAD SAW.   ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA'ALA WABARAKATU   adalah dengan sukacitanya kami akan mengadakan:- Temuduga Sebagai “CALON JENAZAH” ...Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian   Kekosongan Jawatan:   1. Ahli Syurga Dari Awal. 2. Ahli Neraka Dari Awal. 3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.   Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)   1. Nikmat Kubur. 2. Perlindungan Di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga Yang Kekal Abadi.     Tarikh Temuduga: Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.     Lokasi Temuduga: Di Dalam Kubur (Alam Barzakh). Kelayakan: Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet. Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit. Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul. Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi. Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.     Panel/Penemuduga: Mungkar Dan Nakir.   Enam Soalan Bocor:   1. Siapa Tuhan Anda? 2. Apa Agama Anda? 3. Siapa Nabi Anda? 4. Apa Kitab Anda? 5. Di Mana Kiblat Anda? 6. Siapa Saudara Anda?     Cara Memohon: Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.   sekadar renungan bersama kita bersama sebagai hamba ALLAH SWT di muka bumi ini... bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati... bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.    ALLAHU TA'ALA ALAM     

No comments:

Post a Comment

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected